Pengenalan



YAYASAN PENDIDIKAN BUMIPUTERA (no. syarikat 1304345 T) telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee).

Tujuan penubuhan Yayasan Pendidikan Bumiputera adalah untuk membantu kerajaan menghasilkan modal insan yang kompetitif , berdaya saing , berketrampilan dari segi intelektual dan rohani khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpontensi.

Selain itu Yayasan Pendidikan Bumiputera komited dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan pengajaran bagi sekolah-sekolah agama tahfiz dan pembangunan masjid – masjid yang memerlukan bantuan bagi menaikkan martabat agama Islam.